KUANTAN, 28 FEB: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua pihak tidak berterusan membahaskan isu berkaitan Titah Adendum kerana perkara itu kini di bawah proses undang-undang.
KOTA KINABALU, 28 FEB: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan sedikit bertambah kepada 397 orang daripada 119 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 394 orang daripada 118 keluarga malam tadi.
KOTA TINGGI, 28 FEB: Seorang pelajar perempuan tingkatan enam maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh dalam gaung di Kilometer 32 Jalan Lok Heng - Mawai di sini, petang semalam.
KUALA TERENGGANU, 28 FEB: Kru kapal yang dilaporkan terjatuh ke dalam muara Sungai Terengganu ketika melakukan kerja pembersihan ditemukan lemas berhampiran Masjid Kristal di sini malam tadi.
SHAH ALAM, 27 FEB: Buat julung kali, Selangor menganjurkan festival raya 108 jam tanpa henti di Pusat Konvensyen Setia City bermula 21 hingga 25 Mac depan.
SHAH ALAM, 27 FEB: Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Undang-undang lebih kukuh, penguatkuasaan lebih ketat dan usaha bersepadu diperlukan untuk menangani peningkatan kes kehilangan kanak-kanak, kata Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.
KANGAR, 27 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan kesejahteraan guru sentiasa terpelihara dan setiap isu berkaitan kesejahteraan mereka termasuk buli siber diberikan perhatian, sekali gus ditangani segera.
BATU PAHAT, 27 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk menjadikan semua 10,237 sekolah di negara ini sebagai sekolah digital sekali gus melahirkan pelajar yang celik dan fasih menggunakan teknologi terkini.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Polis sedang menyiasat kemungkinan 47 kilang sisa elektronik dan elektrik (e-sisa) beroperasi secara haram yang diserbu dalam operasi di seluruh negara baru-baru ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Kiosk Telekesihatan yang memanfaatkan orang ramai termasuk golongan B40 untuk melakukan saringan kesihatan.
SHAH ALAM, 27 FEB: Buat julung kalinya Festival Ramadan Selangor 2025 (Festira2025) berkolaborasi bersama agensi korporat bagi menyedia pengisian menarik sepanjang penganjurannya.
SHAH ALAM, 27 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang.
KOTA BHARU, 27 FEB: Kematian kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi akan disiasat secara teliti kerana dikhuatiri ada unsur kecuaian, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
PUTRAJAYA, 27 FEB: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengimport dan mengedarkan 661,761 biji kelapa yang bersamaan 661 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta, bagi memastikan bekalan kelapa mencukupi di pasaran tempatan.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang nelayan di Pahang, bagi meringankan bebannya dan keluarga yang sedang diuji kerana pendapatan terjejas.
PUTRAJAYA, 27 FEB: Kerajaan, secara dasarnya bersetuju memperuntukkan dana sejumlah RM35 juta bagi menyokong dan merancakkan ekosistem wakaf di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
GEORGE TOWN, 27 FEB: Polis menahan seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh di tempat kerjanya, semalam.
JOHOR BAHRU, 27 FEB: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan sindiket menyimpan dan memproses barang berjadual sisa elektronik (e-sisa) haram melibatkan nilai rampasan RM41.41 juta menerusi serbuan di sebuah kilang di Kampung Baru Sengkang, Kulai di sini pada Selasa lepas.
KANGAR, 27 FEB: Lelaki memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang disyaki menetak bapanya berusia 73 tahun di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis dekat sini pada Isnin lepas, direman tiga hari bermula hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.