SHAH ALAM, 23 NOV: Dato’ Menteri Besar merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67, semalam.
Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga Allah SWT merahmati usia baginda.
“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Baginda Tuanku yang jatuh pada 22 November 2025 bersamaan 1 Jamadilakhir 1447H.
“Semoga Allah SWT merahmati Seri Paduka Baginda Tuanku. Daulat Tuanku!,” maklumnya menerusi Facebook.




