IPOH, 18 MAC: Dua beranak rentung selepas treler sarat dengan muatan pasir dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lagi treler yang sarat dengan muatan kapas lalu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.
PUTRAJAYA, 18 MAC: Sesi merakam keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram ditangguhkan pada esok.
KUALA LUMPUR, 18 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan salam Nuzul Quran kepada semua rakyat Malaysia walau di mana berada.
KUALA LUMPUR, 18 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 6.22 pagi tadi.
PUTRAJAYA, 17 MAC: Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Pelaksanaan Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 dapat mempromosi dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara asing lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Pengurusan royalti muzik perlu terus ditambah baik dan diperkasakan bagi memastikan hak cipta para karyawan tempatan dilindungi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
PASIR PUTEH, 17 MAC: Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan, sekali gus membuktikan keberkesanan penguatkuasaan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam mengekang ancaman maritim di perairan negara.
SHAH ALAM, 17 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Petaling hingga 11 malam.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 untuk lapangan terbang yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.
KAJANG, 17 MAC: Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan Isnin depan untuk keputusan permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri serta 19 individu yang berdepan pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang supaya dibenarkan untuk diikat jamin.
SHAH ALAM, 17 MAC: Setiap makhluk pasti mati sebelum dibangkit semula di padang masyar untuk bertanggungjawab atas segala dosa yang mereka dilakukan, jelas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
PUTRAJAYA, 17 MAC: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) belum membuat sebarang keputusan untuk melaksanakan semula sekatan perjalanan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik.
SHAH ALAM, 17 MAC: Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Mahmood Razak Bahman mendedahkan terdapat orang tengah atau runner mengaut keuntungan hingga RM750 dengan menjual satu slot tempahan janji temu kepada pihak ketiga.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Masih terdapat segelintir peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar ibu negara yang culas untuk meletakkan tanda harga pada barang jualan.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasar untuk menjana jualan hartanah RM180 bilion merentas semua sektor tahun ini, kata menterinya Nga Kor Ming.
SHAH ALAM, 17 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa melawat gerai milik bekas pemain bola sepak Selangor, Mohammad Gopi Rizqi di Pontian, Johor, semalam.
MELAKA, 17 MAC: Polis menahan seorang lelaki disyaki menumbuk kepala seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kota Shahbandar awal pagi semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.