SPR mesyuarat 16 Disember putuskan tarikh PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

9 Dis 2025, 8:04 AM
SPR mesyuarat 16 Disember putuskan tarikh PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

SHAH ALAM, 9 DIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Diember ini, bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pihaknya hari ini menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, dan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, berhubung kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan.

“Selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen P187 Kinabatangan dan DUN N58 Lamag perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan.

“SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Disember 2025 bagi membincangkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian penyandang Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 November lalu, Bung Moktar mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.