MPV terjunam ke Sungai Muar, wanita ditemui lemas

8 Dis 2025, 1:18 PM
MPV terjunam ke Sungai Muar, wanita ditemui lemas

SHAH ALAM, 3 DIS: Wanita ditemukan lemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terjunam ke dalam Sungai Muar, Tanjung Agas, hari ini.

Mangsa berusia 20-an disahkan meninggal dunia selepas MPV itu turut dihanyutkan arus sejauh kira-kira 100 meter dari lokasi kenderaan itu terjatuh.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa berseorangan datang ke pusat rekreasi terbabit untuk berehat, lapor Harian Metro.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Jahairi Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.48 petang.

Katanya, seramai 10 anggota dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Muar bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dapati terdapat seorang wanita terperangkap dalam MPV terbabit. Operasi berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.