PUTRAJAYA, 16 APRIL: Malaysia komited untuk bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama merangkumi ekonomi, perdagangan dan pelaburan, serta teknologi baharu termasuk Kecedasan Buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
GOMBAK, 16 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor memulakan siri Gagasan Rumpun Selangor (GRS) daerah Gombak selama tiga hari, bermula hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 9 malam ini.
PETALING JAYA, 16 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan sumbangan RM1,000 masing-masing kepada 128 pelajar dan lima guru dari 37 sekolah yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.
PETALING JAYA, 16 APRIL: Syarikat perkakasan rumah dan elektronik Haier Electrical Appliances Sdn Bhd (Haier) menghulurkan sumbangan berjumlah RM40,000 bagi membantu membayar kos perubatan hospital mangsa insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya 1 April lepas.
OLEH DANIAL DZULKIFLY SHAH ALAM, 16 APRIL: Kerajaan Negeri mempercepatkan proses kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan syarikat menyimpan diesel di premis masing-masing susulan gangguan bekalan gas selepas letupan paip di Putra Heights pada 1 April lalu. EXCO Pelaburan Ng...
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) meraih tambahan bekalan gas sebanyak 155 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) melalui sistem saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 400 mmscfd.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang dinamakan semula sebagai MRSM Tun Abdullah Badawi bagi mengenang jasa dan sumbangan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
BATU GAJAH, 16 APRIL: Tiada yang lebih menggembirakan seorang bapa yang juga seorang tahanan darpada peluang memeluk lima anaknya setelah lebih setahun terpisah kerana menjalani hukuman di Pusat Koreksional Batu Gajah, di sini.
SEPANG, 16 APRIL: Mangsa kebakaran gas di Putra Heights yang memohon kediaman menerusi Skim Smart Sewa mula menduduki kediaman sewaan hari ini tanpa perlu membayar deposit.
PHNOM PENH, 16 APRIL: Perdana Menteri Kemboja Hun Mane, menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyertai para pemimpin serantau lain dalam mengenang jasa dan sumbangannya.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah mencatatkan peningkatan manakala di Johor kekal setakat pagi ini berbanding petang semalam.
SHAH ALAM, 16 APRIL: Sejumlah RM4.74 juta berjaya dikumpulkan menerusi Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights yang berlaku pada 1 April lalu.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Presiden China Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
GEORGE TOWN, 16 APRIL: Beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air awal pagi ini susulan hujan lebat lebih tiga jam sejak malam tadi.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Petronas Gas Bhd (PGB) menjangkakan pemulihan bekalan gas di Putra Heights, Subang Jaya boleh dilakukan seawal 1 Julai, 2025, tertakluk kepada hasil siasatan berterusan, kelulusan kawal selia dan kemajuan sebenar di tapak.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY) kepada 100.215 mata selepas kekal di bawah paras 100 mata dalam beberapa hari sebelum ini.
SHAH ALAM, 15 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat melanda hampir Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 1 pagi.
KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau nostalgia bersama Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.