Mayat wanita dengan kesan luka ditemukan di pantai Pengerang

17 Jan 2026, 3:40 PM
Mayat wanita dengan kesan luka ditemukan di pantai Pengerang

KOTA TINGGI, 17 JAN: Mayat wanita dengan kesan kecederaan pada bahagian paha kanan ditemukan di pantai berhampiran Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan wanita terdampar dipercayai lemas di kawasan berkenaan pada kira-kira 10.40 pagi.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian paha kanannya. Identiti mangsa masih dalam proses pengesahan dan punca kematian sedang disiasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat akan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat pada 9 pagi esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga supaya menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizi Said di talian 017-925 2768 atau mana-mana balai polis berdekatan atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di 07-8831222.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.