IPOH, 15 DIS: Bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam semak dalam keadaan berbalut kain oleh orang awam di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan semalam.
PUTRAJAYA, 14 DIS: Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, di sini hari ini.
JOHOR BAHRU, 14 DIS: Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
JOHOR BAHRU, 14 DIS: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas 134 bungkusan arak dan dua tong pati arak seludup bernilai RM213,687 termasuk cukai menerusi tiga serbuan berasingan di Bukit Pasir dekat Muar Khamis lalu.
JOHOR BAHRU, 14 DIS: Suri rumah kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
DENGKIL, 14 DIS: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam dalam Ops Sapu pagi tadi.
KUANTAN, 14 DIS: Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
BATU PAHAT, 14 DIS: Pensyarah sebuah universiti awam (UA) kerugian RM115,600 akibat diperdaya sindiket pekerjaan sambilan tidak wujud.
KOTA BHARU, 14 DIS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan termasuk orkid dan pokok bidara yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, Rabu lalu.
SHAH ALAM, 13 DIS: Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Dua lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun menggunakan senjata api dan menyamar sebagai anggota polis, di sebuah rumah di Jalan Metro Barat Perdana Timur 2, Taman Usahawan Kepong, Sabtu lepas.
PETALING JAYA, 13 DIS: Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya selepas ditegur menghisap rokok di kawasan stesen minyak di Damansara Damai, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
KLUANG, 12 DIS: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 11 DIS: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan mata wang Forex rentas sempadan melibatkan kerugian hampir RM12 juta.
MELAKA, 11 DiS: Kelicikan sepasang kekasih yang dipercayai aktif mencuri tabung derma diletakkan di kedai-kedai makan, akhirnya tumpas selepas ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Klebang di sini pada 4 Dis lalu.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam sebuah bagasi di tepi jalan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, dekat sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 15 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga kenalannya, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Gara-gara mahu melepaskan diri dan tiga rakan yang dicekup kerana terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin, seorang lelaki sanggup mencuba nasib dengan menawarkan sogokan RM50,000 kepada pegawai polis.
PASIR MAS, 8 DIS: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang membuat panggilan kecemasan palsu berkaitan banjir di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.