ad

'Ulat' kereta sewa caj RM150 dari KLIA ke PJ ditahan JPJ

22 Nov 2025, 4:51 AM
'Ulat' kereta sewa caj RM150 dari KLIA ke PJ ditahan JPJ
'Ulat' kereta sewa caj RM150 dari KLIA ke PJ ditahan JPJ
'Ulat' kereta sewa caj RM150 dari KLIA ke PJ ditahan JPJ

SHAH ALAM, 22 NOV: Seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen kepada penumpang asing di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan Stesen Penguatkuasa KLIA selepas dikesan cuba mengenakan caj RM150 bagi perjalanan ke Petaling Jaya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berkata suspek yang memandu Proton Persona ditahan ketika memujuk seorang penumpang warganegara Cameroon agar menggunakan perkhidmatannya sebaik tiba di terminal berkenaan.

"Jika didapati bersalah, Tindakan diambilmengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010), yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Jika sabit kesalahan dan sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1), di bawah akta yang sama," menurutnya menerusi kenyataan di Facebook.

Jabatan itu turut menasihatkan orang awam untuk menggunakan perkhidmatan sah melalui kaunter teksi di KLIA atau aplikasi e-hailing bagi mengelakkan risiko ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Sebarang aduan berkaitan trafik atau kegiatan ‘ulat’ boleh dihantar ke aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui aplikasi e-aduan@JPJ.