SHAH ALAM, 31 JAN: Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
SEREMBAN, 31 JAN: Seorang wanita dan kekasihnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Teluk Kemang, Port Dickson pada 21 Jan lepas.
SHAH ALAM, 31 JAN: Polis sedang mengesan dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga pendatang asing tanpa izin ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas cedera dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lepas.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Polis menyelesaikan 11 kes ragut di Serdang dan sekitarnya melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM40,000 berikutan penahanan empat suspek warga tempatan termasuk seorang wanita di Petaling Jaya dan Sepang.
KUALA TERENGGANU, 31 JAN: Polis menemukan serpihan tulang dipercayai milik manusia di Pantai Batu Buruk 2, di sini malam tadi.
KUALA TERENGGANU, 30 JAN: Peniaga sayur kerugian RM214,700 akibat diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di laman sosial Facebook.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Sekurang-kurangnya dua lelaki cedera selepas dirempuh dua kenderaan yang dipandu secara melulu dalam kejadian berhampiran pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, lewat malam tadi.
SHAH ALAM, 30 JAN: Seorang wanita mengalami kerugian RM95,180 selepas terpedaya dengan tawaran bantuan untuk mengurangkan seksyen hukuman yang dihadapi suaminya di mahkamah.
KOTA BHARU, 29 JAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak petrol ke Thailand dengan penemuan pam minyak mini dalam sebuah stor di Kampung Kubang Jong, Pasir Mas pada Sabtu lepas.
JOHOR BAHRU, 29 JAN: Seorang wanita warga emas cedera ringan di kepala dan mengalami kerugian dianggarkan RM1,500 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan alat perenjat elektrik (taser) di sebuah rumah di Taman Skudai Baru, Isnin lepas.
MELAKA, 29 JAN: Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 pada Ahad lepas.
KOTA BHARU, 29 JAN: Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup petrol di pangkalan haram Gergaji di Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.
LAHAD DATU, 29 JAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menahan dua warga asing dan mematahkan cubaan menyeludup rokok membabitkan nilai anggaran selepas cukai RM871,854.40 dalam operasi di koloni setinggan atas air di Kampung Bakau di sini semalam.
BALIK PULAU, 28 JAN: Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.
KANGAR, 28 JAN: Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646, ketika lelaki terbabit dipercayai mahu menghantar dadah berkenaan ke sebuah syarikat kurier di Padang Besar, Rabu lepas.
GEORGE TOWN, 28 JAN: Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai di 1 batu nautika dari Barat Daya Sungai Perai, dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 28 JAN: Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.
KUANTAN, 28 JAN: Seorang peniaga makanan wanita warga Indonesia didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad mengandungi maklumat palsu dalam satu pemeriksaan, Ahad lepas.
KUALA LUMPUR, 27 JAN: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.
KUALA LUMPUR, 27 JAN: Penjenayah siber dikesan memanfaatkan musim perayaan Tahun Baru Cina (CNY) untuk melakukan jenayah siber yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dengan menyasarkan pengguna yang kurang peka dan perniagaan yang berisiko.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.