SHAH ALAM, 5 MEI: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikal dinaiki bersama rakan tergelincir ke laut di dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pelabuhan Klang dekat sini, Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR, 4 MEI: Seramai 38 individu berusia 22 hingga 48 tahun ditahan dalam Op Mega Noda yang dijalankan polis di 10 premis hiburan tanpa lesen di sekitar ibu negara semalam.
SHAH ALAM, 4 MEI: Polis menahan sepasang kekasih di sekitar Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor selepas dipercayai mencuri barangan kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.
JOHOR BAHRU, 4 MEI: Seorang pemilik syarikat kerugian RM1.8 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan dalam talian pada Oktober tahun lepas.
NIBONG TEBAL, 4 MEI: Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dan terbakar di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort di sini malam tadi.
KOTA BHARU, 4 MEI: Dua beradik lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kampung Kilat, Kuala Krai semalam.
KUALA LUMPUR, 3 MEI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan 10 remaja perempuan warga asing bawah umur yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis spa dan pusat urut di Johor Bahru, semalam.
KUANTAN, 3 MEI: Seorang lelaki yang sedang membersihkan kawasan semak terperanjat apabila menemukan tulang disyaki rangka manusia di belakang sebuah rumah di Felda Bukit Mendi, Triang, Bera, semalam.
KOTA BHARU, 3 MEI: Guru lelaki yang disyaki menikam anak lelakinya dua kali menggunakan pisau pemotong sayur sehingga parah di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.
KOTA BHARU, 2 MEI: Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun cedera parah selepas ditikam bapa kandungnya di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas, pagi tadi.
KUANTAN, 2 MEI: Tiga lelaki termasuk dua warga Bangladesh ditahan kerana disyaki melombong bijih besi secara haram di Sungai Ganoh, Hutan Simpan Bukit Ibam Muadzam Shah, Rompin, Selasa lepas.
SEREMBAN, 2 MEI: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian dikenali 'Geng Ah Kit’ dengan penahanan lapan lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di Taman Bukit Kepayang di sini, Ahad lepas.
IPOH, 1 MEI: Polis hari ini memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pembantu kedai di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang, Taiping dekat sini semalam.
KUALA TERENGGANU, 1 MEI: Polis Terengganu menyita tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981,500 yang disyaki hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.
SEREMBAN, 30 APRIL: Pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa beroperasi di China, tahun lalu.
PUTRAJAYA, 30 APRIL: Empat individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ direman empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kira-kira RM360 juta.
KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis hingga putus sebahagian telinga kiri selepas digigit, minggu lalu.
ALOR SETAR, 30 APRIL: Polis menahan pasangan suami isteri dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM189,600 dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan dekat sini, Isnin lepas.
GEORGE TOWN, 30 APRIL: Seorang pengurus perakaunan sebuah syarikat swasta kerugian RM1.36 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian di daerah Barat Daya, dekat sini baru-baru ini.
JASIN, 30 APRIL: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut, manakala ibu bapanya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah, di sini petang semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.