Ketua pegawai eksekutif badan berkanun ditahan, disyaki terima rasuah RM1 juta

14 Apr 2026, 11:01 AM
Ketua pegawai eksekutif badan berkanun ditahan, disyaki terima rasuah RM1 juta

SHAH ALAM, 14 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman ketua pegawai eksekutif (CEO) badan berkanun kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Suapan itu sebagai balasan membantu meluluskan bayaran tuntutan kontraktor berkaitan membina gelanggang squash bernilai RM7 juta di ibu negara.

Perintah reman selama lima hari sehingga 18 April ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi, lapor Berita Harian.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 7 malam semalam di pusat membeli belah di Lembah Klang.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada Mac lalu dan meminta rasuah sebanyak RM1 juta.

"Bagaimanapun suspek dipercayai menerima kira-kira RM500,000 tunai sebelum Aidilfitri lalu dan RM100,000 lagi semalam daripada kontraktor terbabit di sebuah pusat membeli belah di Lembah Klang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.