Langgar lari anggota trafik, Inspektor polis didakwa esok

15 Apr 2026, 3:00 PM
Langgar lari anggota trafik, Inspektor polis didakwa esok

SHAH ALAM, 15 APRIL: Inspektor polis yang disyaki terbabit dalam kes langgar lari terhadap anggota trafik akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Suspek berdepan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan pemanduan melulu dan berbahaya.

Lelaki itu juga akan didakwa satu pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan berkaitan cuba membunuh dengan cara melanggar menggunakan kereta.

Terdahulu, media melaporkan pegawai polis berpangkat Inspektor yang menghidap masalah mental skizofrenia ditahan selepas disyaki terbabit dalam insiden itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, suspek lelaki berusia 40 tahun itu juga sedang menjalani cuti perubatan khas dan dalam proses dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.

Dalam kejadian pada 10 April lalu, mangsa, Konstabel Roslan Salleh, 27, dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Perodua Axia ketika sedang mengawal lalu lintas di kawasan petak kuning di Jalan Sultan Yahya Petra menghala ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Mangsa mengalami kecederaan di tapak tangan kanan, belakang kepala serta sakit di bahagian rusuk sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.