Merusuh depan pusat hiburan di Kepong, 13 lelaki tempatan ditahan

14 Apr 2026, 7:52 AM
Merusuh depan pusat hiburan di Kepong, 13 lelaki tempatan ditahan

KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Polis menahan 13 lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kejadian merusuh di depan sebuah pusat hiburan di Kepong di sini yang dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pelanggan mabuk.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata kesemua mereka yang berumur 18 hingga 45 tahun itu ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata tangkapan itu dibuat susulan laporan yang diterima kira-kira 8 pagi pada Ahad lepas berhubung kejadian itu.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan seorang pelanggan yang dalam keadaan mabuk telah mencetuskan kekecohan hingga membawa kepada pergaduhan kumpulan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Basri berkata kesemua suspek direman hingga Khamis ini dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.