KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menahan 1,952 pendatang tanpa izin dan 109 majikan yang menggajikan mereka menerusi pelbagai operasi dari Januari hingga Ogos lalu.
KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus komited mengesan mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang operasi pencariannya memasuki hari kesembilan sejak kejadian itu berlaku pada 23 Ogos.
LABUAN, 31 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk mempergiat operasi terhadap penyalahgunaan dan kecurian diesel di seluruh Malaysia.
IPOH, 7 APRIL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) menerusi pelaksanaan Operasi Khas sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April lepas.
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
KUALA LUMPUR, 24 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
KUANTAN, 13 JAN: Polis menahan 21 individu termasuk 10 wanita dan tiga warga Indonesia kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah ini semalam.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Polis merampas pelbagai jenis dadah serta pil khayal bernilai lebih RM500,000 dan menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah kondominium di Cheras, dua hari lepas.
KUALA LUMPUR, 3 NOV: Langkah penguatkuasaan pasukan petugas menerusi Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang dilaksanakan sejak awal Oktober dilanjutkan sehingga 17 November ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: MYAirline Sdn Bhd menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 14,527 saman terhadap penunggang motosikal warga asing di seluruh negara atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula 1 Sept hingga 20 Sept lepas.
CHUKAI, 7 JULAI: Shahrizal Saliman, 40, abang kepada Muhammad Fikri Saliman, 24, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di sini tidak dapat menahan sebak apabila dikhabarkan mayat adik bongsunya itu berjaya ditemukan hari ini.
KUALA LUMPUR, 5 OKT: Polis mengeluarkan 16,163 saman pada Operasi Khas Lampu Isyarat Merah dalam tempoh 15 hari operasi di seluruh negara bermula 15 hingga 30 Sept lepas.
TUMPAT, 9 MEI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 16,377 saman kesalahan jalan raya sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 di seluruh negara sehingga semalam.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Semua 123 cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) di seluruh negara akan beroperasi esok, bagi membolehkan bakal jemaah haji menjawab surat tawaran menunaikan ibadah Haji.
MELAKA, 7 MEI: Seorang pemandu bas ekspres ditahan dipercayai positif dadah jenis ganja dalam operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri di Terminal Bas Melaka Sentral di sini malam tadi.
DENGKIL, 21 FEB: Kegiatan menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan dengan harga lebih murah daripada pusat kecantikan berlesen serta bertauliah terbongkar apabila lapan premis dikendalikan warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen hari ini.
IPOH, 31 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menempatkan anggotanya di beberapa kawasan percutian terkenal seperti di Cameron Highlands, Genting Highlands serta Port Dickson bagi memantau kenderaan berkonvoi supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.
KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menjelaskan bahawa pembukaan sekolah di seluruh negara adalah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kendalian Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan beroperasi semula secara perkhidmatan bergabung dari 6 pagi hingga 10.10 malam setiap hari, mulai 13 Sept.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.