KUALA LUMPUR, 13 DIS: Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Situasi banjir di Perak, Johor dan Terengganu beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan malam ini manakala di Pahang merekodkan peningkatan.
KOTA SAMARAHAN, 12 DIS: Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Lorong kecemasan dan lorong perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) ditutup susulan kejadian runtuhan cerun.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024, yang antara lain membolehkan mahkamah memerintah pihak melakukan pencemaran membayar kos bagi memulihkan sistem bekalan air.
SHAH ALAM, 12 DIS: Hulu Selangor, beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Johor diramal hujan lebat hingga 9 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
PASIR MAS, 12 DIS: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan tatacara operasi piawai (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan, kata Ketua Setiausaha KPM Datuk Ruji Ubi.
SHAH ALAM, 12 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Jan depan.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 20.6 peratus pada Oktober 2024 kepada 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
PUTRAJAYA, 12 DIS: Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori Orang Kurang Upaya (OKU) berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
SHAH ALAM, 12 DIS: Kerajaan Negeri melancarkan aplikasi Agro Selangor dilengkapi pelbagai kemudahan, yang bakal memanfaatkan sekitar 25,000 penggiat sektor pertanian negeri.
PORT DICKSON, 12 DIS: Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Pengisian guru di Sarawak kini meningkat kepada 98.06 peratus, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion.
SEREMBAN, 12 DIS: Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan platform terbaik untuk generasi muda memperoleh kemahiran teknikal yang relevan sekali gus membuka peluang kerjaya lebih kompetitif dan berdaya saing.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Pahang sedikit meningkat manakala situasi di Johor dan Perak pula semakin pulih setakat 8 pagi ini.
IPOH, 12 DIS: Sepasukan bomba menyelamatkan empat individu yang terperangkap dalam kejadian air deras ketika melakukan aktiviti memancing di bawah Jambatan Raja Permaisuri Bainun Sitiawan, pada awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, antara perkara yang akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 DIS: Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan Baginda, hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 DIS: Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.