ad

MoU SAY-MATRADE buka peluang usahawan muda Selangor tembusi pasaran global

19 Sep 2025, 11:57 AM
MoU SAY-MATRADE buka peluang usahawan muda Selangor tembusi pasaran global
MoU SAY-MATRADE buka peluang usahawan muda Selangor tembusi pasaran global
MoU SAY-MATRADE buka peluang usahawan muda Selangor tembusi pasaran global

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Usahawan muda Selangor berpeluang menembusi pasaran antarabangsa susulan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara Selangor Youth Community (SAY) dan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) hari ini.

Majlis yang berlangsung sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 itu turut disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara Selangor Youth Comumunity (SAY) dengan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 September 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

MoU berkenaan menjadi platform strategik memperkasa program Liga Usahawan Eksport Selangor (SAY ASPIRE) melalui perkongsian kepakaran, bimbingan serta jaringan pasaran global.

Pertukaran dokumen disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif SAY Aiman Syafiq Nazri dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Sri Mohd Mustafa Abdul Aziz sebagai simbolik permulaan kerjasama jangka panjang.

Sementara itu, Aiman Syafiq yakin persefahaman tersebut akan memberi impak besar kepada peserta SAY ASPIRE dengan memastikan mereka lebih bersedia menghadapi pasaran antarabangsa.

“MoU ini akan membantu membuka akses pasaran ke luar negara. Jika usahawan bergerak sendiri, mereka mungkin berdepan cabaran. Namun dengan sokongan MATRADE, mereka boleh dihubungkan terus dengan pegawai luar negara,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.