ad

Tengku Zatashah sertai aktiviti bersih pantai, tanam pokok di Pantai Morib

20 Sep 2025, 4:14 AM

KUALA LANGAT, 20 SEPT: Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkenan menyertai Sambutan Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa dan Penanaman Pokok di Pantai Morib di sini, hari ini.

Tengku Zatashah berjalan sejauh kira-kira dua kilometer untuk mengutip sampah diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohd Hasry Nor Mohd.

Ditemui selepas menyempurnakan program berkenaan, Tengku Zatashah menzahirkan rasa teruja apabila memperoleh lebih 10 kilogram (kg) sampah, yang disifatkan sebagai rekod terbaik peribadinya sepanjang tahun ini.

“Hari ini saya kutip sampah lebih 10kg, ini saya punya rekod saya untuk tahun ini. Saya sudah buat sembilan tahun sertai program ini. Insya-Allah kita akan teruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Hari ini kita kutip banyak sampah rokok, tisu, tong air, plastik, semua ada. Rekod yang saya lihat ada kumpulan itu kutip kira-kira 100kg,” titah anakanda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sementara itu, Mohd Hasry berkata lebih 500kg sampah berjaya dikutip di Pantai Morib menerusi 10 kumpulan sukarelawan yang terlibat dalam program ini.

Menurutnya, program tahunan sejak 2017 ini turut disertai beberapa agensi lain bagi menyokong usaha kebersihan pantai serta menyokong inisiatif penanaman 11 juta pokok di Selangor.

“Kita ada 10 kumpulan kutipan sampah tertinggi. Ada kumpulan yang dapat 110kg dan apabila dikumpul kita dapat lebih 500kg sampah hari ini,” katanya.

Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa merupakan hasil inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ocean Conservancy yang diraikan pada setiap September.

Pada bulan ini, sukarelawan di seluruh dunia membawa inspirasi kepada perubahan dalam memerangi pencemaran serpihan marin serta bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk membersihkan sampah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.