ad

Akaun TikTok palsu salah guna imej Tengku Permaisuri, Pejabat Sultan Selangor buat laporan polis

19 Sep 2025, 10:54 AM
Akaun TikTok palsu salah guna imej Tengku Permaisuri, Pejabat Sultan Selangor buat laporan polis

SHAH ALAM, 19 SEPT: Pejabat DYMM Sultan Selangor memaklumkan pihaknya membuat laporan polis berhubung sebuah akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Dalam kenyataan hari ini, pejabat itu memaklumkan akaun berkenaan turut memanipulasi imej beberapa individu dan tokoh lain bagi tujuan penipuan di media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dengan kewujudan akaun palsu seumpamanya di semua platform serta memastikan kesahihan maklumat bagi mengelakkan terpengaruh dengan tipu daya ‘scammers’.

“Sekiranya terdapat akaun mencurigakan, sila laporkan segera kepada pihak pengendali aplikasi,” menurut kenyataan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.