ad

Selangor perkukuh dasar perumahan, pastikan lebih ramai rakyat miliki rumah selesa

19 Sep 2025, 1:00 PM

SHAH ALAM, 19 SEPT: Kerajaan Negeri giat memperkukuh agenda perumahan rakyat melalui pelbagai inisiatif termasuk projek Rumah Idaman Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek berkenaan menawarkan rumah berkualiti pada harga mampu milik, lengkap dengan perabot asas sebagai nilai tambah kepada pemilik.

“Selain itu, Skim Smart Sewa diwujudkan untuk membantu golongan muda menyewa kediaman sebelum mampu memiliki rumah sendiri, manakala Dana-Sel diperkenalkan bagi meringankan beban deposit pembelian rumah.

“Projek Rumah Harapan dan rumah mampu milik (RMM) juga terus diperkasa demi memastikan lebih ramai rakyat Selangor berpeluang memiliki kediaman selesa.

“Kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, agenda perumahan mampu milik negeri dapat diperkukuh, seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat di Selangor dan seluruh Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Selangor menyasarkan pembinaan 200,000 unit RMM menjelang 2028 sebagai ikhtiar menyokong aspirasi Kerajaan Persekutuan membina sejuta RMM di seluruh negara.

Setakat Ogos, lebih 76,000 unit telah siap dibina di Selangor bagi membantu rakyat memiliki kediaman yang selesa pada harga mampu milik.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.