IPOH, 22 DIS: Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar.
IPOH, 22 DIS: Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki dan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 264.4 (arah utara) Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Terowong Menora menyebabkan aliran trafik sesak lebih lima kilometer hari ini.
SHAH ALAM, 22 DIS: Orang ramai dipelawa menghadiri Majlis Darul Ehsan Berselawat di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam pada 27 hingga 29 Disember ini.
SONGKHLA, 22 DIS: Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
PASIR MAS, 22 DIS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
SHAH ALAM, 21 DIS: Hujan lebat diramal melanda empat daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 9 malam.
KUALA LUMPUR, 22 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.
SHAH ALAM, 22 DIS: Pemantauan pematuhan syarat tauliah mengajar agama Islam yang dilaksanakan dengan tegas di Selangor bukan bertujuan menyusahkan tetapi bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kesucian agama terbela.
KUALA LUMPUR, 22 DIS: Siasatan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, kematian beberapa ekor kucing Universiti Malaya (UM), baru-baru ini adalah berpunca daripada serangan sekumpulan anjing liar.
PUTRAJAYA, 22 DIS: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam bermula sesi persekolahan 2025/2026.
BALIK PULAU, 22 DIS: Dua rakan yang dilapor hilang selepas bot dinaiki hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, di sini, Selasa lalu, ditemukan selamat.
SEMPORNA, 22 DIS: Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air di sini rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.
BATU PAHAT, 22 DIS: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala bapa dan dua lagi kanak-kanak cedera selepas motosikal dinaiki empat beranak itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Sungai Ayam di sini, semalam.
SHAH ALAM, 22 DIS: Sempena dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengulas prestasi kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 22 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memandang enteng lebih 6,000 doktor yang meletak jawatan sepanjang lima tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KAJANG, 22 DIS: Kerajaan wajar mewujudkan moratorium bagi melindungi karya satira dan parodi daripada sebarang siasatan serta pendakwaan undang-undang, kata ahli parlimen Bangi.
KUALA LUMPUR, 22 DIS: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengarahkan Universiti Malaya (UM) untuk melaksanakan siasatan segera terhadap dua dakwaan gangguan seksual yang mencemarkan nama baik universiti tersebut.
KUANTAN, 21 DIS: Seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Dis lepas ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Sungai Isap di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar dan tetap meneruskan penguatkuasaan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Kelantan meskipun terdapat ancaman pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
KUALA LUMPUR, 21 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama pengamal media tempatan dan luar negara, bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara yang berkaitan dasar kerajaan serta pelbagai isu semasa dan masa depan Malaysia.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.