ad

Petaling dan Gombak antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

27 Sep 2025, 6:38 AM
Petaling dan Gombak antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 27 SEPT: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama berlaku di Kuala Lumpur, seluruh Perlis dan Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.