Gempa bumi lemah magnitud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat

27 Sep 2025, 6:00 AM
Gempa bumi lemah magnitud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat

JOHOR BAHRU, 27 SEPT: Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat pada 9.04 pagi tadi.

Menurut hantaran di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berkenaan berada pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 103.1 darjah Timur, iaitu kira-kira 25 kilometer tenggara Batu Pahat dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Batu Pahat dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.