ad

JPNS diarah segera siasat murid sembilan tahun maut jatuh dalam lubang kumbahan

27 Sep 2025, 9:39 AM
JPNS diarah segera siasat murid sembilan tahun maut jatuh dalam lubang kumbahan

SEREMBAN, 27 SEPT: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menyiasat segera kejadian menimpa murid sembilan tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai.

Ketua Pengarah KPM Dr Mohd Azam Ahmad dalam kenyataan berkata KPM mengingatkan semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk sentiasa memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.

"KPM menzahirkan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan seperti yang dilaporkan media pada hari ini.

"Kejadian ini sangat mendukacitakan. JPNS diarah untuk menyiasat segera kejadian ini...tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard," katanya.

Beliau berkata KPM memberi perhatian kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan.

Media hari ini melaporkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira 11 pagi tadi,

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.