SEREMBAN, 24 JAN: Warga pendidik berperanan besar dalam menangani cabaran generasi keresahan (anxious generation) yang boleh mengancam pembangunan emosi dan mental pelajar.
DENGKIL, 24 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah terhadap perhimpunan bertemakan ‘Rakyat Benci Rasuah’ yang dijadual berlangsung esok, sambil menekankan komitmennya dalam memerangi gejala rasuah di semua peringkat.
OLEH UFAIRAH TARMIDZI PELABUHAN KLANG, 24 JAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor merampas 77,059 kilogram (kg) daging dan makanan sejuk beku termasuk daging itik dan katak yang bernilai lebih RM1.4 juta. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata ia...
SHAH ALAM, 24 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam.
KUALA LUMPUR, 24 JAN: Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 bagi semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) pada 27 dan 28 Jan ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
SUNGAI PETANI, 24 JAN: Tiga nelayan termasuk dua beranak yang hilang ketika menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar pada 9 Jan lepas, dan ditemukan selamat setelah hanyut ke perairan Indonesia, akhirnya pulang ke pangkuan keluarga masing-masing semalam.
SHAH ALAM, 23 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak sehingga 5 petang ini.
SHAH ALAM, 24 JAN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menganjurkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Tahun Baharu Cina pada 27 dan 28 Januari ini.
SHAH ALAM, 24 JAN: Seramai 41 kanak-kanak yang diselamatkan dari premis Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) tahun lalu, dipulangkan ke pangkuan keluarga masing-masing semalam.
Oleh Danial Dzulkifly HULU SELANGOR, 24 JAN: Selangor meneroka sumber air alternatif untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penyejukan setiap aktiviti di pusat data sedia ada dan akan datang. Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 26 permohonan pusat...
SHAH ALAM, 24 JAN: Polis merakam keterangan pelawak dan pelakon Harith Iskander Rabu lalu berhubung hantaran mengenai isu 'ham' di akaun Facebooknya, yang didakwa menghina agama Islam.
Oleh Danial Dzulkifly HULU SELANGOR, 24 JAN: Selangor akan memperketat sistem pentadbiran tanah susulan kegiatan pindah milik secara tidak sah oleh penjawat awam yang didedahkan polis, baru-baru ini. Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyifatkan penemuan tersebut serta penangkapan...
KUALA LUMPUR, 24 JAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan sepenuhnya hal berkaitan permohonan lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan di ibu negara bermula tahun ini bagi memastikan penjaja mendapat harga sewaan tapak berpatutan selain pengurusan lebih baik.
MUAR, 23 JAN: Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler di KM132.3 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, di sini, pagi tadi.
PUTRAJAYA, 23 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul sekumpulan lelaki di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu baru-baru ini.
SHAH ALAM, 23 JAN: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalur peruntukan khas bagi proses pemulihan ahli kumpulan GISB Holdings (GISBH).
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) belum dituntut ibu bapa mereka.
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melalui Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperuntukkan RM20 juta untuk menyediakan latihan kemahiran kepada sehingga 5,000 rakyat Malaysia dalam tiga sektor utama iaitu keselamatan siber, sains data, dan kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Sektor pendidikan, pelaburan, perdagangan, kecerdasan buatan (AI), tenaga, digital antara yang bakal meraih sinergi secara langsung dan pulangan lumayan daripada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.