ad

MetMalaysia ramal hujan di kebanyakan negeri pada pagi Hari Deepavali

19 Okt 2025, 6:48 AM
MetMalaysia ramal hujan di kebanyakan negeri pada pagi Hari Deepavali

SHAH ALAM, 19 OKT: Cuaca dijangka lembap di kebanyakan negeri sempena sambutan Hari Deepavali esok, dengan hujan dan ribut petir diramal berlaku pada waktu petang dan malam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri di utara tanah air seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka mengalami hujan sejak pagi hingga malam.

Beberapa negeri lain termasuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak turut diramal menerima hujan pada sebelah petang.

Sementara itu, cuaca di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka cerah pada waktu pagi namun berkemungkinan hujan pada sebelah petang.

Hanya Kelantan dan Pahang menunjukkan keadaan cuaca agak baik pada sebelah pagi sebelum hujan dijangka turun kemudian hari.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan aktiviti luar dengan berhati-hati, terutama bagi yang pulang ke kampung atau menghadiri rumah terbuka Deepavali.

Maklumat lanjut dan kemas kini boleh didapati melalui laman web rasmi www.met.gov.my atau aplikasi myCuaca.