KUALA LUMPUR, 21 MAC: Tayangan dua filem yang menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) telah disekat susulan kegagalan pihak penerbitan membayar gaji kru produksi, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
CHUKAI, 21 MAC: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM1.836 bilion sebagai Perbelanjaan Pembangunan di Terengganu bagi tahun ini.
KUALA KANGSAR, 21 MAC: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan polis hari ini berhubung penghinaan terhadap Islam dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial.
SHAH ALAM, 21 MAC: Rasul, nabi, para syuhada dan mereka yang benar dan jujur tergolong dalam kategori muqarrabun iaitu golongan akan mendapat ganjaran besar ketika hari kiamat.
CHUKAI, 21 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak meningkat setakat 4 petang ini, manakala di Sabah semakin baik.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Proses persempadanan antara Putrajaya dan Selangor kini hampir selesai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dalam hantaran di X hari ini.
KLANG, 21 MAC: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan menugaskan anggotanya menyamar sebagai penumpang bagi mengesan kesalahan pemandu bas sepanjang Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 bermula 24 Mac hingga 8 April ini.
SEPANG, 21 MAC: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang akan dibayar 24 Mac, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua mulai Isnin ini (24 Mac), yang melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.
SEREMBAN, 21 MAC Semua kerja penyelenggaraan jalan membabitkan penutupan lorong di lebuh raya akan dihentikan sementara bermula pada 24 Mac hingga 7 April ini bersempena dengan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
SEREMBAN, 21 MAC: Seremban antara kawasan 'hotspot' pendatang tanpa izin di Negeri Sembilan dengan 1,655 warga asing direkodkan ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang aktiviti penguatkuasaan tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Umat Islam diharapkan untuk lebih berhati-hati dalam berbicara di media sosial dan mengelak daripada mengeluarkan pendapat sehingga mencetuskan perpecahan dan mengganggu gugat keharmonian sesama rakyat negara ini yang berbilang kaum.
PUTRAJAYA, 21 MAC: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa hukuman lebih berat terhadap bapa yang mengeksploitasi anak tirinya.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Dua kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun antara 38 penunggang motosikal ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram di sekitar Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, awal pagi semalam.
PUTRAJAYA, 21 MAC: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket ejen penyeludupan migran Indonesia dalam operasi khas di Ampang, Selangor pada 19 Mac.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Situasi banjir di Johor, Sabah dan Sarawak bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan peningkatan setakat 8 pagi ini.
JERTIH, 21 MAC: Dua beranak maut apabila motosikal yang dinaiki dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu dekat Kampung Padang Landak, di sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Kementerian Kerja Raya (KKR) meneruskan penggunaan teknologi terkini yang sesuai dan menjimatkan kos bagi perancangan, penyediaan serta pembinaan untuk memastikan setiap projek dapat dilaksana dengan lebih cekap dan segera.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.