SHAH ALAM, 26 MAC: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mahu pemantauan berterusan dilaksana bagi membendung ajaran sesat, khususnya terhadap kumpulan yang telah berdepan tindakan undang-undang.
SHAH ALAM, 26 MAC: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengingatkan umat Islam khususnya di Selangor supaya memainkan peranan masing-masing bagi mengekalkan perpaduan sedia ada.
PERTH, 26 MAC: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses memuktamadkan pemilihan syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa untuk mengambil alih slot sedia ada di Lapangan Terbang Subang (SZB) tidak lama lagi.
SHAH ALAM, 26 MAC: Kira-kira 76,000 khinzir dijangkiti penyakit demam khinzir Afrika (ASF) sudah dilupuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (JPV) setakat minggu lalu.
SHAH ALAM, 26 MAC: Allah SWT mampu menciptakan dari segala sesuatu daripada tiada kepada ada dan mampu juga melenyapkannya, kata Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi mengupas ayat ke-57 hingga ke-62 Surah Al-Waqiah.
KLANG, 26 MAC: Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.
SHAH ALAM, 26 MAC: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menggunakan dasar inventori First-In-First-Out (FIFO) dalam memastikan stok bekalan makanan sentiasa segar dan selamat yang disimpan di Gudang Makanan Selangor (GMS).
KUALA LUMPUR, 26 MAC: Kerajaan MADANI mengumumkan peluasan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.
Oleh Dewi Abdul Rahman SHAH ALAM, 26 MAC: Teknologi pemantauan jalan raya yang dibangunkan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) berpotensi diperluaskan sekali gus meningkatkan kualiti penyenggaraan di seluruh negara. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya mahu menjalin...
PUTRAJAYA, 26 MAC: Nama Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti dan Nurul menjadi nama yang paling banyak didaftarkan dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat ini.
SHAH ALAM, 26 MAC: Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) antara pencapaian penting Kerajaan Selangor dalam usaha menangani isu pencemaran dan pengurusan sumber air.
JOHOR BAHRU, 26 MAC: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor kekal 909 orang daripada 275 keluarga setakat 8 pagi ini.
SHAH ALAM, 26 MAC: Keyakinan pelabur terhadap sumber manusia yang relevan dengan keperluan industri antara faktor Selangor merekodkan lonjakan pelaburan RM101 bilion tahun lalu, melebihi sasaran RM55 bilion.
SHAH ALAM, 25 MAC: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat berbilang kaum di negeri ini untuk mengekalkan sikap saling hormat-menghormati dan membuang kecurigaan antara satu sama lain.
SHAH ALAM, 25 MAC: Majlis pecah tanah Taman Aero Selangor (SAP) dijangka berlangsung sekitar Jun atau Julai tahun ini, maklum Dato’ Menteri Besar.
KAJANG, 25 MAC: Polis Selangor menugaskan 71 pegawai dan 646 anggota bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena Aidilfitri.
KAJANG, 25 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di 65 lokasi bermula 24 Mac hingga 31 Mac ini.
KAJANG, 25 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menjalankan 948 pemeriksaan ke atas premis perniagaan seluruh negeri sejak Januari hingga hari ini.
PELABUHAN KLANG, 25 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk pil captagon dianggar bernilai RM210 juta dalam serbuan di Pelabuhan Barat di sini pada 6 Mac.
KUALA LUMPUR, 25 MAC: Isu berhubung tapak kuil berhampiran Jalan Masjid India di sini akhirnya selesai apabila pihak pengurusan kuil berkenaan bersetuju untuk rumah ibadat berkenaan dipindahkan ke lokasi baharu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.