Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta

20 Dis 2025, 7:43 AM
Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta

SHAH ALAM, 20 DIS: Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun maut selepas dilanggar oleh bapanya sendiri yang sedang mengundurkan kereta.

Kejadian berlaku di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, Tangkak, Johor pada Khamis lepas kira-kira jam 8.15 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata siasatan awal mendapati bapa mangsa berusia 30 tahun sedang mengubah kedudukan kereta Suzuki Swift di kawasan garaj rumahnya.

“Pada masa yang sama, secara tiba-tiba kanak-kanak berkenaan keluar dari dalam rumah dan terus menuju ke belakang kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada jam 7.30 malam, pada hari sama.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987