Dividen ASB 5.75 sen seunit

19 Dis 2025, 6:16 AM
Dividen ASB 5.75 sen seunit

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

PNB menjelaskan jumlah pembayaran pula adalah RM10.4 bilion iaitu jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB, dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata ini menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion sekali gus mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB.

-- BERNAMA