KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.03 manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, bermula esok hingga 9 April.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Masih terdapat kebakaran kecil di beberapa rumah yang terlibat dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights yang menempatkan mangsa insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya bagi memudahkan pengurusan dokumen peribadi mereka.
MERCY MALAYSIA, BSMM BANTU MANGSA KEBAKARAN SALURAN GAS KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Mercy Malaysia menawarkan bantuan dari segi sokongan kesihatan mental susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya yang mencederakan lebih 100 orang dan menjejaskan ramai penduduk. Menerusi...
Oleh Ufairah Tarmidzi PUTRA HEIGHTS, 2 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) melaksanakan kerja pembersihan di kawasan kediaman terjejas akibat kebakaran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya. Dato’ Bandarnya Dato’...
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Polis akan memanggil kontraktor yang dipercayai menjalankan kerja-kerja projek pembangunan berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, setelah dikenal pasti.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Syarikat automotif Chery Malaysia menyediakan sebanyak 50 kereta untuk kegunaan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights selama sebulan, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor Ng Sze Han.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Pejabat Parlimen Puchong akan menyalurkan bantuan tunai segera RM1,000 kepada keluarga dari Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Heights, Putra Harmoni semalam.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited untuk mengkaji mekanisme yang sesuai dan berkesan bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor semalam dalam menangani masalah perumahan mereka.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada warganya, termasuk guru dan murid yang terjejas insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
SUBANG JAYA, 2 APRIL: Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan pemeriksaan tahap keselamatan di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pagi ini.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Siasatan terperinci dan telus perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor semalam.
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan anggotanya melahirkan keprihatinan yang mendalam kepada mereka yang terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights hari ini.
SHAH ALAM, 2 APRIL: Seorang parah, manakala tiga lagi cedera selepas kanopi menjual mercun di Kampung Batu 39, Sabak Bernam terbakar awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Syarikat insurans sedia membantu pelanggan yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk menyalurkan sokongan yang bermakna kepada keluarga yang terkena impak akibat kebakaran gas di Putra Heights, Puchong, Selangor.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Polis akan menyiasat dakwaan punca kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Subang Jaya, Selangor disebabkan oleh kerja mengorek di tanah rizab Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Pemeriksaan rapi dan penilaian tahap keselamatan akan dibuat ke atas setiap unit kediaman yang terlibat dengan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Subang Jaya, Selangor mulai esok.
SUBANG JAYA, 1 APRIL: Laporan awal insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height di sini, dijangka diterima dalam tempoh 72 jam, kata Dato’ Menteri Besar.
Oleh Danial Dzulkifly SUBANG JAYA, 1 APRIL: Kerajaan Negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan Petronas bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap pemilik kediaman yang terjejas susulan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, hari ini. Dato' Menteri...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.