SHAH ALAM, 29 DIS: Polis sedang menyiasat kejadian tular di media sosial membabitkan sebuah treler yang melanggar tiga kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, daerah Alor Gajah, semalam.
Menerusi rakaman video dan gambar yang dikongsi orang awam, beberapa kenderaan termasuk Perodua Alza yang parkir di bahu jalan dilihat mengalami kerosakan selepas dilanggar dan diheret sebuah treler yang mahu memasuki laluan ke R&R itu, lapor Berita Harian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes itu kini disiasat oleh Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Bukit Aman.
"Kemalangan berkenaan melibatkan satu kenderaan berat jenis treler dan tiga kereta persendirian. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Beliau turut dinasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi melancarkan siasatan.


