PUTRAJAYA, 13 MEI: Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menurunkan 10,493 kandungan palsu dan 30,427 kandungan berbentuk penipuan atau scam yang tersebar di platform dalam talian dari Januari hingga 15 April lepas.
SHAH ALAM, 13 MEI: Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan ahli supaya membuat keputusan tepat pada pemilihan penggal 2025/2028 dengan memilih pemimpin berwibawa bagi mengangkat martabat martabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
IPOH, 13 MEI: Lapan dilaporkan meninggal dunia manakala tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Teluk Intan hari ini.
OSAKA, 13 MEI: Halal International Selangor (HIS), dengan kerjasama CM Plus Corporation dari Jepun, telah membangunkan 10 modul e-Learning Halal dalam bahasa Jepun yang akan dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2025.
PUTRAJAYA, 13 MEI: Malaysia masih bebas daripada jangkitan bakteria Streptococcus suis yang berpunca daripada ternakan babi, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
KUALA LUMPUR, 13 MEI: Majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin (12 Mei) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden pesawat Malaysia ditembak jatuh di ruang udara Ukraine yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda dan 38 warga atau penduduk Australia, menurut kenyataan berasingan kerajaan Belanda dan Australia, lapor Reuters.
BALIK PULAU, 13 MEI: Sebuah lori membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik berhampiran dengan selekoh di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih berhampiran JTS Viewing Point di sini, malam tadi.
SHAH ALAM, 12 MEI: Dato’ Seri Amirudin Shari menyeru ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengekalkan semangat setiakawan pada kempen pemilihan parti peringkat pusat yang sedang berlangsung.
BANDAR PERMAISURI, 12 MEI: Kegembiraan lapan sekawan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memanfaatkan cuti umum dengan mandi di Lata Changkah bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas.
SEPANG, 12 MEI: "Dari umur lima tahun lagi mak dah ajar saya menabung, jadi setiap kali hari raya duit raya yang saya dapat terus masuk Tabung Haji.” Demikian pengakuan ikhlas Muhammad Asyraf Redzuan, 30, yang kini dalam perjalanan menunaikan ibadah haji bersama isteri tercinta.
NEW YORK, 12 MEI: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan, dengan memberi amaran bahawa nyawa 2.1 juta orang awam berada dalam risiko serius.
SHAH ALAM, 12 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Hulu Selangor hingga 9 malam.
ALOR SETAR, 12 MEI: Mayat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya di sebatang sungai di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil dekat Baling semalam telah ditemukan hari ini.
SHAH ALAM, 12 MEI: Pengeluar utama rokok elektronik jenama tempatan, Nanostix Innovations Sdn Bhd menyarankan kerajaan mengharamkan cecair dari luar negara sebagai langkah kawalan yang lebih tegas.
SHAH ALAM, 12 MEI: Amaran hujan lebat serta ribut petir dikeluarkan melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 7 malam.
CHUKAI, 12 MEI: Sebanyak 2,361 haiwan liar dilaporkan mati dilanggar kenderaan di atas jalan di seluruh negara sejak 2020 hingga kini.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia mulai esok hingga Jumaat ini atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin.
SHAH ALAM, 12 MEI: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara khususnya di Selangor.
SHAH ALAM, 12 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bertitah supaya rakyat mengeratkan lagi hubungan sesama kaum di samping menyumbang terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara.
SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang lelaki patah kaki manakala enam lagi selamat dalam kejadian kepala air di Jalan Gombak Lama, Batu 12 di sini, petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.