Lima daerah di Kedah catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

11 Feb 2026, 3:20 AM
Lima daerah di Kedah catat cuaca panas tahap berjaga-jaga
Lima daerah di Kedah catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

SHAH ALAM, 11 FEB: Lima daerah di Kedah kini berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) susulan cuaca panas yang melanda Semenanjung Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

"Tahap Satu ditakrifkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” menurut kenyataan menerusi hantaran di Facebook hari ini.

MetMalaysia turut menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini berkaitan status cuaca panas harian melalui laman sesawang rasmi jabatan itu di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/