PORT DICKSON, 18 MEI: Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima Anugerah Pisau Tentera Darat atas keberanian menyelamatkan nyawa orang awam dalam dua insiden berasingan, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Sebanyak RM8.5 juta diperuntukkan tahun ini untuk membiayai pelajar Orang Asli yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, kata Timbalan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
PORT DICKSON, 18 MEI: Sebanyak 1,319 perajurit muda yang menamatkan latihan asas Tentera Darat siri 202/2024 hari ini merupakan kumpulan pertama yang akan menikmati kenaikan skim gaji baharu menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) secara penuh.
SHAH ALAM, 18 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur serta daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor hingga 7 malam.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Reruai jualan dan pameran bersempena dengan Sidang Kemuncak Asean ke-46 yang menawarkan pelbagai produk tempatan dan perkhidmatan kerajaan serta aktiviti menarik akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Sebanyak 5,800 individu dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, menurun sebanyak 13.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.
PETALING JAYA, 18 MEI: Industri media berdepan cabaran revolusi maklumat yang semakin pantas menerusi pelbagai saluran penyampaian, kata Pengarang Kumpulan Kanan Media Selangor.
KUALA LUMPUR, 17 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain, kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas sewaktu mengikut ibunya mencari kepah di Sungai Balok, Kuantan, Pahang.
PUTRAJAYA, 17 MEI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya di Perumahan Awam, Presint 9, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor hingga 1 pagi.
PETALING JAYA, 17 MEI: Sudah tiba masanya pihak terlibat mempertimbang cadangan menyediakan pakar psikologi dalam agensi media bagi mengurus tekanan emosi dalam kalangan wartawan.
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN, (TATARSTAN), 17 MEI: Negara anggota Asean sedang mengambil langkah untuk menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangannya sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata wujud keperluan untuk transformasi dalam Asean...
BATU PAHAT, 17 MEI: Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat bulan lepas walaupun pelbagai kempen dan promosi telah dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.
SHAH ALAM, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam.
SHAH ALAM, 17 MEI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah kapal kontena selepas dikesan berlabuh tanpa kebenaran di sekitar perairan Sekinchan semalam.
KUCHING, 17 MEI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti bantuan kewangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan disalur kepada waris sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampan.
KULAI, 17 MEI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menurunkan 32,436 kandungan berkaitan penipuan dalam talian dari Januari hingga April lalu melibatkan nilai kerugian hampir RM800 juta.
KUALA LUMPUR, 17 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi Covid-19 dengan teliti baik di peringkat antarabangsa mahupun dalam negara.
SHAH ALAM, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor hingga 7 malam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.