Lelaki kudung kaki kiri selepas bunga api meletup

18 Feb 2026, 10:31 AM
Lelaki kudung kaki kiri selepas bunga api meletup
Lelaki kudung kaki kiri selepas bunga api meletup

SHAH ALAM, 18 FEB: Seorang lelaki kudung kaki kiri selepas bunga api yang dipasang meletup di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 30-an bermain bunga api jenis shoot cake 16 shot (premium) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, berkata mangsa parah dan segera dikejarkan ke Hospital Segamat untuk rawatan.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa kudung kaki kiri dari bawah lutut dan kini stabil. Mangsa berada di zon merah dengan pemantauan rapi pasukan perubatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957.