KUALA LUMPUR, 8 JUN: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mulai sesak setakat 2 petang ini, susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha.
Daripada Nurliyana Farhah Ruslan MAKKAH, 8 JUN: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci selepas menyempurnakan ibadah wukuf di Arafah, menjadikan jumlah kematian jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1446H/2025M meningkat kepada sembilan orang, setakat ini. Menteri di...
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkongsi pengalaman menaiki pesawat dari Johor ke Kuala Lumpur yang terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk, menjadikan tempoh penerbangan yang sepatutnya 50 minit bertukar hampir empat jam.
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Tiada sekatan rasmi dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza.
SHAH ALAM, 8 JUN: Suami isteri terlibat dalam kejadian bot terbalik di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dekat sini kelmarin ditemukan lemas 7.45 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara lancar setakat 9 pagi ini.
BOTA, 8 JUN: Jenazah lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan di sini, awal pagi ini.
KOTA BHARU, 8 JUN: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung Sireh, di sini.
SHAH ALAM, 7 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang hingga 1 pagi.
KLANG, 7 JUN: Semua mangsa yang terlibat dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan di sini semalam dipercayai tidak memakai jaket keselamatan.
KLANG, 7 JUN: Mangsa yang terselamat dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan, di sini semalam berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam tempoh tidak sampai 10 saat air memasuki ruang dalam bot.
SHAH ALAM, 7 JUN: Rapid Bus Sdn Bhd bakal memperkenalkan 13 zon baharu bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand bermula 9 Jun ini, sekali gus memperluas capaian pengangkutan awam di Lembah Klang.
KUCHING, 7 JUN: Langkah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk mengurangkan tenaga kerjanya berpunca daripada cabaran global dan tidak berkaitan dengan isu syarikat minyak nasional itu dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).
MINA, 7 JUN: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci semalam menjadikan jumlah keseluruhan lapan kematian setakat ini.
GOMBAK, 7 JUN: Kerajaan Negeri berhasrat memberi tumpuan penuh terhadap projek naik taraf kemudahan awam dan pengindahan di semua pangsapuri menerusi Belanjawan 2026.
PUTRAJAYA, 7 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama lebih kukuh antara negara Asean dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza.
Oleh Ufairah Tarmidzi SHAH ALAM, 7 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menitahkan tindakan tegas perlu diambil terhadap individu atau syarikat pelancongan yang menawarkan pakej haji dengan mengambil kesempatan menipu umat Islam. Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal...
KUALA LUMPUR, 7 JUN: Aliran trafik lebuh raya utama di seluruh negara pada pagi Aidiladha dilaporkan lancar dan terkawal meskipun terdapat sedikit peningkatan kenderaan di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
SHAH ALAM, 7 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 12 tengah hari.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.