Zeekr, XPeng dan MG Motor rancang mulakan pemasangan tempatan tahun ini - MITI

10 Mac 2026, 2:33 PM
Zeekr, XPeng dan MG Motor rancang mulakan pemasangan tempatan tahun ini - MITI

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Beberapa syarikat kenderaan elektrik (EV) dari China seperti Zeekr, XPeng dan MG Motor merancang untuk memulakan aktiviti pemasangan tempatan (CKD) pada 2026 susulan tamatnya tempoh kelonggaran dan insentif cukai bagi model EV yang diimport sepenuhnya (CBU).

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), rancangan itu mengambil kira pengecualian cukai sepenuhnya yang masih terpakai bagi EV yang dipasang secara tempatan sehingga 31 Dis, 2027.

Sementara itu, kementerian berkenaan berkata penamatan tempoh kelonggaran harga lantai RM100,000 kepada struktur asal RM250,000 seunit adalah wajar bagi memastikan peralihan lebih jelas daripada import CBU kepada pemasangan tempatan dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat nasional dan vendor tempatan dapat dilindungi.

“Selain itu, ekosistem EV domestik akan terus berkembang secara mampan dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam negara dapat diwujudkan serta dipelihara,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

MITI berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai penetapan harga lantai kereta EV CBU dan pelaburan syarikat EV dari China dalam pasaran CKD di Malaysia menjelang 2027.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.