700 keluarga kurang mampu di DUN Kinrara terima baucar Aidilfitri

10 Mac 2026, 6:53 AM
700 keluarga kurang mampu di DUN  Kinrara terima baucar Aidilfitri

SHAH ALAM, 10 MAC: Seramai 700 keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menerima baucar menerusi Program Jom Shopping Aidilfitri bagi membantu persiapan menyambut Aidilfitri.

Wakil rakyat Kinrara, Ng Sze Han berkata pada hari sama beliau turut menyampaikan Bantuan Back To School daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 300 pelajar.

Menurutnya, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban perbelanjaan keluarga, khususnya bagi persiapan persekolahan anak-anak.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak menceriakan persiapan Aidilfitri dan memberi semangat kepada anak-anak untuk terus melangkah ke hadapan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, EXCO Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu Veraman memaklumkan sebanyak 38,400 baucar Program Jom Shopping Perayaan Hari Raya Aidilfitri akan diagihkan kepada penerima layak tahun ini, membabitkan peruntukan RM7.68 juta.

Beliau berkata pengagihan baucar tersebut melibatkan 56 DUN di seluruh Selangor bagi membantu golongan sasar membuat persiapan menjelang perayaan.

Menurutnya, tempoh penggunaan baucar turut dilanjutkan sehingga 20 Mac, berbanding tarikh asal 18 Mac, bagi memberi ruang kepada masyarakat Islam membuat persiapan dan berbelanja menjelang Hari Raya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.