Aidilfitri: Sekolah diberi cuti tambahan pada 18 Mac - KPM

10 Mac 2026, 12:07 PM
Aidilfitri: Sekolah diberi cuti tambahan pada 18 Mac - KPM

PUTRAJAYA, 10 MAC: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.

“Langkah ini juga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.

Sekolah dalam Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula diberikan dua hari cuti tambahan, iaitu 19 dan 20 Mac.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.