Selangor terima lawatan delegasi Kazakhstan, bincang kerjasama air dan sisa

10 Mac 2026, 6:08 AM
Selangor terima lawatan delegasi Kazakhstan, bincang kerjasama air dan sisa
Selangor terima lawatan delegasi Kazakhstan, bincang kerjasama air dan sisa

SHAH ALAM, 10 MAC: Selangor menerima lawatan kerja delegasi dari Kazakhstan yang terdiri daripada wakil sektor pembinaan serta Baiterek National Managing Holding bagi meneroka potensi kerjasama strategik bersama negeri ini.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata, perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada peluang kerjasama antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan rakan strategik dari Kazakhstan, khususnya dalam bidang pengurusan air dan sisa.

“Melalui pertukaran kepakaran, teknologi serta pandangan pelaburan, kita berharap kerjasama ini dapat menyokong pembangunan infrastruktur bandar yang lebih cekap dan mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kerjasama berkenaan membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, teknologi serta pandangan pelaburan yang boleh menyokong pembangunan infrastruktur bandar secara lebih cekap dan lestari.

“Lawatan ini juga mencerminkan komitmen Selangor untuk memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa serta membina perkongsian strategik yang mampu membawa inovasi, memperkukuh keupayaan industri dan memberi nilai jangka panjang kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata, lawatan tersebut diadakan susulan misi Selangor ke Kazakhstan sebelum ini yang bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.