JITRA, 25 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga minyak RON95 walaupun hanya enam sen kerana perlu mengambil kira implikasi kewangan kepada negara.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengarahkan seluruh unit bencana negeri memantau keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan ketika ini.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini merasmikan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2025 yang diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam di sini.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar raya ini dijangka mengalami lencongan trafik berikutan perhimpunan anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, esok.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan mengelak sebarang perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey sehingga diberitahu kelak, susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan Kemboja-Thailand.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Dua kawasan di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu Johan Setia, Selangor dengan bacaan 152, diikuti Kuching, Sarawak dengan bacaan 111, setakat jam 3.47 petang ini.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Usaha memperluas pendidikan falak di Selangor akan diperkasa ke arah melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi tetapi juga membudayakan celik falak, waktu, ibadah dan jati diri.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Operasi pembenihan awan (OPA) hanya akan dilaksanakan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 secara berterusan lebih 24 jam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
SHAH ALAM, 25 JULAI: Kerajaan diminta menyemak semula syarat penjagaan bayi bawah usia 12 bulan di pusat asuhan termasuk nisbah jagaan bagi mengelak timbulnya kesan kepada ibu bekerja.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.
PUTRAJAYA, 25 JULAI: Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri edisi ke-50 tahun 2025 kini sampai ke kemuncak, dengan empat pasukan terbaik akan berentap pada peringkat akhir bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini.
PUTRAJAYA, 25 JULAI: Usaha membanteras kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Malaysa menang
SHAH ALAM, 24 JULAI: Selangor komited membangunkan industri aeroangkasa menerusi pertemuan dengan pengeluar pesawat mesra alam, Deutsche Aerospace di Pameran Udara Antarabangsa Paris 2025 (IPAS2025), baru-baru ini.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak terbabit dalam penganjuran konvoi membabitkan 15 penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dan German-Malaysian Institute (GMI) Kajang yang terbabit nahas di Kilometer 262.5, Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.
PUTRAJAYA, 24 JULAI: Kuala Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 3 petang tadi, dipercayai dipengaruhi masalah jerebu rentas sempadan, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Ibu bapa dan penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak susulan situasi jerebu di Selangor dibenarkan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah, kata EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Operasi pemadaman api melibatkan hutan sekunder seluas 24 hektar di Jalan Genting, Kuala Kubu Bharu selesai sepenuhnya jam 2.30 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Penghargaan Khas yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telahpun mengambil kira keupayaan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.