Cameron Highlands dilanda banjir kilat

20 Apr 2026, 2:46 PM
Cameron Highlands dilanda banjir kilat

KUANTAN, 20 APRIL: Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata hujan lebat yang bermula 2 petang menyebabkan aliran air lumpur deras dari kawasan tinggi mengalir ke jalan utama Ringlet.

“Bagaimanapun keadaan terkawal dan air surut sepenuhnya sekitar 4 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azri berkata tiada laporan kemalangan jiwa diterima, namun terdapat dua laporan polis membabitkan dua kenderaan dihanyutkan arus deras.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan keadaan di lokasi kini kembali selamat untuk dilalui.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.