Individu dipercayai muat naik kandungan palsu libatkan SPRM disiasat

21 Apr 2026, 2:50 AM
Individu dipercayai muat naik kandungan palsu libatkan SPRM disiasat
Individu dipercayai muat naik kandungan palsu libatkan SPRM disiasat

SHAH ALAM, 21 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu di platform TikTok berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan individu terbabit sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan, selain sebuah peranti komunikasi turut disita.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi untuk memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.