IPOH, 6 JAN: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 5 JAN: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang dekat sini semalam.
KOTA BHARU, 5 JAN: Polis Thailand menahan lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Golok, selatan Thailand, pada 30 Disember lalu.
SUNGAI PETANI, 5 JAN: Lelaki berusia 30-an melecur kaki dan tangan dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Kampung Keda Tanjung Dawai, Bedong dekat sini, hari ini.
SHAH ALAM, 4 JAN: Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas.
BUKIT MERTAJAM, 4 JAN: Remaja perempuan yang ditahan kerana menikam ibu saudaranya dalam kejadian di sebuah unit flat di Jalan Perai Jaya, Perai di sini semalam direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes itu.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi Op Kutip di kawasan sekitar sebuah pusat beli-belah di Ampang, Selangor, malam tadi.
SHAH ALAM, 4 JAN: Polis sedang mengesan beberapa individu yang tular mengenakan pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat ketenteraan ketika menghadiri satu majlis dipercayai anjuran sebuah pertubuhan.
PUTRAJAYA, 4 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), di sini pagi ini.
HULU SELANGOR, 4 JAN: Lelaki warga Pakistan yang merempuh mati penunggang motosikal di lampu isyarat Jalan Azalea 1/1 Sungai Choh, Serendah di sini Khamis lalu direman empat hari.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di ibu negara.
BUTTERWORTH, 3 JAN: Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Perai, pada hari ini.
IPOH, 3 JAN: Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi.
GEORGE TOWN, 3 JAN: Polis Marin menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menyimpan dan menjual mercun tanpa permit di sebuah rumah di Kampung Koh dekat Setiawan, Perak.
KUANTAN, 3 JAN: Polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan terlibat dalam kes melarikan dua pelancong warga China dan melakukan samun ke atas mereka di Pekan Gohtong Jaya, Bentong dekat sini, Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman warga asing disyaki cuba memberi rasuah hampir RM4,000 kepada pegawai polis untuk melepaskan seorang rakannya yang ditahan atas kesalahan mencuri.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Tiga individu termasuk dua warga asing dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyebar risalah agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak di sini baru-baru ini.
SEREMBAN, 3 JAN: Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan tidak wujud berjumlah lebih RM1.6 juta sejak 2017 hingga 2022.
PUTRAJAYA, 2 JAN: Polis menumpaskan sindiket pengedaran cecair peranti rokok elektronik atau vape disyaki mengandungi dadah jenis heroin di sebuah rumah dengan penahanan seorang lelaki di Sepang, Selangor pada 23 Disember lalu.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan analisis toksikologi berkaitan kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya, pada 31 Disember lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.