KANGAR, 23 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas kanabis dan pelbagai barangan bernilai RM1.72 juta di Padang Besar dan Kuala Perlis, dipercayai diikrar secara tidak betul dan tidak mempunyai permit import.
SHAH ALAM, 23 MAC: Tidak sampai enam jam melakukan jenayah samun bersenjata api di kedai emas dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara petang semalam, seorang lelaki tempatan dipercayai suspek ditahan 10.15 malam tadi.
MELAKA, 22 MAC: Seorang suri rumah ditahan selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya berusia 10 tahun pada Khamis lepas, gara-gara menggunakan alat soleknya.
KUANTAN, 21 MAC: Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila rumahnya di Felda Chini Timur, Pekan, dimasuki empat lelaki berpelitup muka hitam dan bersenjatakan pisau, semalam.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ejen di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan selepas dipercayai menerima rasuah untuk mendapatkan nombor giliran bagi mempercepat proses pemeriksaan tanpa mengikut peraturan sah.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu, baru-baru ini.
JOHOR BAHRU, 21 MAC: Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
JOHOR BAHRU, 21 MAC: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan seorang peniaga dan merampas mercun pelbagai jenis dianggar bernilai RM347,500 di Taman Perling, Selasa lepas.
JERTIH, 21 MAC: Seorang lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan wang jualan padi kepada pesawah di lapan kampung di Hulu Besut di sini.
KOTA BHARU, 20 MAC: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 38,580 biji kelapa dalam serbuan di stor pangkalan haram Sekam Padi di Kampung Simpangan, Tumpat, semalam.
SHAH ALAM, 20 MAC: Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tempoh jagaan adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek dan datuk saudaranya selama dua bulan lagi.
KANGAR, 20 MAC: Empat lelaki termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 240,000 biji mercun bola tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Polis menahan penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.
KUANTAN, 20 MAC: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.
KUALA LUMPUR, 19 MAC: Sebanyak 46 kertas siasatan dibuka berhubung kes skim penipuan pelaburan ‘SILEGX’ di seluruh negara yang melibatkan nilai kerugian mencecah RM41.5 juta.
PUTRAJAYA, 19 MAC: Seramai 45 warga asing ditolak kemasukan ke negara ini kerana gagal memenuhi syarat dalam operasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
JOHOR BAHRU, 19 MAC: Seorang warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan.
SEREMBAN, 18 MAC: Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.
SUNGAI PETANI, 18 MAC:Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan yang ditikam sehingga cedera parah di sebuah kampus institusi pengajian tinggi (IPT) dekat sini, semalam.
ALOR SETAR, 18 MAC: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki yang membawa 40 tan beras putih dipercayai diseludup dari negara jiran di Jitra, Ahad lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.