Kes pelajar maut terkena sabit, dua warga asing direman tujuh hari

10 Mac 2026, 6:30 AM
Kes pelajar maut terkena sabit, dua warga asing direman tujuh hari

SHAH ALAM, 10 MAC: Dua lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden seorang pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit di Teluk Intan semalam direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, tempoh reman tersebut diperoleh sehingga 16 Mac.

Menurutnya, permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap kes berkenaan.

Semalam media melaporkan seorang pelajar kolej maut akibat parah dipercayai terkena bilah sabit pada bahagian leher dalam satu kejadian di sini.

Lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 17 tahun yang juga rakan sekolej kini dirawat akibat cedera pada tangan.

Berikutan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing masing-masing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan selain turut merampas sebilah sabit serta sebuah motosikal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.