Wanita warga emas maut kereta terbabas ke dalam sungai

10 Mac 2026, 9:02 AM
Wanita warga emas maut kereta terbabas ke dalam sungai

SEREMBAN, 10 MAC: Wanita warga emas berusia 84 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam sungai di Pekan Batu Kikir, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di sebuah kedai penternakan haiwan.

“Setiba di lokasi kejadian, ketika melalui selekoh jalan, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.