1,424 warga asing diperiksa dalam operasi di Jalan Silang

11 Mac 2026, 6:23 AM
1,424 warga asing diperiksa dalam operasi di Jalan Silang
1,424 warga asing diperiksa dalam operasi di Jalan Silang
1,424 warga asing diperiksa dalam operasi di Jalan Silang

SHAH ALAM, 10 MAC: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan operasi inspektorat penguatkuasaan berskala khas di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur sebagai langkah pemantauan lapangan terhadap status warga asing di lokasi berkenaan.

Operasi itu dijalankan di kawasan yang sering menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan sosial melibatkan kehadiran warga asing.

Dalam kenyataan JIM berkata 1,424 individu diperiksa melibatkan warga Bangladesh, Nepal, India, Myanmar, China, Filipina, Pakistan, Indonesia serta beberapa negara lain.

"Hasil pemeriksaan mendapati individu yang diperiksa memiliki pas dan dokumen perjalanan sah serta masih berkuat kuasa untuk berada di negara ini.

"Walaupun tiada tangkapan dibuat dalam siri pemeriksaan kali ini, pemeriksaan secara teliti tetap dilaksanakan," kata kenyataan itu menerusi Facebook.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan operasi inspektorat penguatkuasaan berskala khas di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2026. Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Operasi berkenaan disertai 52 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM. Turut serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli serta Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Basri Othman.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah berkenaan bertujuan memastikan tiada penyalahgunaan pas atau pelanggaran syarat permit ditetapkan.

"Pelaksanaan inspektorat ini bukan sekadar operasi rutin, sebaliknya merupakan pendekatan pemantauan berterusan.

"Ia bagi menilai keberkesanan tindakan penguatkuasaan dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin secara proaktif," katanya sambi menambah operasi itu akan terus dilaksanakan secara berkala dan konsisten di seluruh negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.