Pukul rakan setugas, dua anggota tentera direman

9 Mac 2026, 8:28 AM
Pukul rakan setugas, dua anggota tentera direman

SUNGAI PETANI: Dua koperal tentera dari sebuah kem, dekat Sungai Petani, Kedah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pukul dan mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota lain.

Difahamkan, kedua-duanya direman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 10 malam, Khamis lalu, di kawasan penginapan kem terbabit, membabitkan suspek berusia 25 dan 27 tahun.

Kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 21 dan 24 tahun, dipercayai dipukul sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit.

"Kes masih dalam siasatan…pagi ini reman suspek untuk bantu siasatan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.